Masih lagi dengan tajuk yang hampir sama, membangkitkan
isu Persatuan Alumni yang tiada kesudahannya. Namun di sini pihak Persatuan
Alumni menulis artikel ini bukan untuk menunding jari mana-mana pihak tetapi
sekadar ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penulis artikel sebelum
ini iaitu Tn Haji Azami yang menulis
menerusi luahan hati beliau dan keprihatianannya terhadap setiap
aktiviti-aktiiti Persatuan Alumni. Penampilan artikel beliau menunjukkan
keberanian dan berjaya membangkitkan seribu persoalan demi masa depan Persatuan
Alumni sendiri.
Selepas tamat peringkat Diploma atau Ijazah dari
Universiti dan kemudian masing-masing sibuk mencari pekerjaan sehinggakan masih
ada segelintir Alumni yang terkapai-kapai mencari arah dan ada juga yang kurang
bernasib baik tiada arah tuju selepas bergraduat. Manakala ada sesetengahnya
pula hanyut dalam dunia pekerjaan, sibuk
mencari rezeki duniawi demi bertapak untuk membina empayar yang kukuh untuk
masa depan. Walhal sehingga terlupa
dimana bumi dipijak langgit dijunjung. Mungkin mereka yang masih terkapai-kapai
itu terus lupa kerana tidak berpijak dibumi yang nyata dan bagi mereka yang
berada di empayar yang tinggi terus mendongak ke langit hingga dibuai mimpi
indah. Namun bukan niat penulis untuk menyalahkan sesiapa disini.
Kadang kala kekangan waktu bekerja dan juga waktu
bersama keluarga menyebabkan tiada masa untuk melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti berpersatuan. Namun bagi mereka-mereka yang terlupa akan Persatuan Alumni diharapkan artikel ini
dapat membawa kembali UPM sebagai dihati mereka walau dimana jua kita
berada. Di UPM juga lah tempat kita
menimba ilmu, mengajar erti kehidupan. Pihak Persatuan Alumni mengakui
penyertaan Alumni dari generasi baru menyertai program-program dan
aktiviti-aktiviti Alumni boleh dibilang dengan jari. Walhal keahlian persatuan
mencecah 54 ribu lebih setakat ini.
Selaku Persatuan Alumni UPM, kami juga berharap dan
akan sentiasa bekerja keras agar dapat mengubah senario hala tuju agar sentiasa
relevan pada semua ahli hinga ke akhir hayat. Penulis percaya beberapa langkah
baru yang telah diambil bermula sesi tahun ini sekurang-kurangnya dapat
meningkatkan penyertaan alumni UPM. Dimana dengan penstrukturan semula
sekretariat persatuan iaitu dengan kemasukan beberapa staff tetap dan Pengurus
Persatuan dapat merakyatkan lagi Alumni dalam semua acara.
Pucuk pimpinan Persatuan Alumni kali ini akan
menggalakkan aktiviti-aktiviti seperti
reunion (perjumpaan semula) secara berperingkat-peringkat mengikut tahun
graduat atau sebagainya. Persatuan kini sedang giat mencari dan melantik wakil-wakil
Alumni yang sanggup menjalankan kerja-kerja amal secara sukarela mengikut tahun
graduan masing-masing sebagai agen atau pengedar dalam menyalurkan maklumat dan
selaku orang tengah atau perantara di
antara Alumni dan Persatuan. Mereka-mereka yang dipilih ini akan dilantik
secara rasmi dengan diberikan sijil penghargaan dan sedikit sumbangan khas atas
kerja-kerja amal yang mereka lakukan seperti menjemput rakan-rakan Alumni lain
seangkatan untuk sama-sama menghadiri setiap majlis yang diadakan oleh
Persatuan Alumni demi menyemarakkan lagi perasaan Cintakan UPM. Atas inisiatif
Alumni sebegini perlulah dihargai dan diikhtiraf dengan memberikan cenderahati atau
sebagai.
Namun apa yang masih dibimbangkan penulis, walau
sebesar mana caranya dan pelbagai kaedah serta strategik yang diguna pakai,
masih jua tidak bermakna jika tiada penglibatan dan perasaan Cintakan UPM
ditunjukkan dari kalangan Alumni kita sendiri. Bak kata pepatah bagai mencurah
air di daun keladi.Di harapkan Alumni generasi baru kini dapat membuka mata
seluas-luasnya dan menyumbangkan tenaga dengan menghadiri di setiap program
yang diadakan. Dengan ini Alumni sedar akan kewujudan dan peranan serta fungsi
yang dimainkan oleh Persatuan Alumni kepada mereka kelak.
Semoga catatan balas ini, diharapkan mendapat
sedikit maklumbalas dan kesedaran yang positif dari kalangan Alumni yang
membaca artikel ini. Semoga setiap pertemuan dibumi Serdang UPM dapat mengeratkan lagi jalinan kasih sayang
dan menjalin sentuhan hati berpanjangan. Marilah kita selaku Alumni UPM
beramai-ramai buktikan yang Alumni UPM, Alumni yang Prihatin dan Penyanyang
kepada Universiti Pertanian / Putra Malaysia. Amin….
Created
By : Along :) ‘Alumni
2006